Monday 1 April 2013

ANAK SOLEH ATAU ANAK DUNIA SAHAJA


Assalamualaikum
Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah drpd syaiton dan sekutunya. Ameen...

Tajamkan Iman Buat Seketika...
1• Sebagai ibubapa, apakah yg kita harapkan drpd anak yg sangat kita sayangi?



2 • Sebagai seorang anak pula, apakah yg kita ingin lakukan kepada ibubapa yg amat dikasihi?


3 • Apakah tujuan kita inginkan anak dalam kehidupan ini dan sanggup berkorban segalanya untuk kehidupan mereka?


4 • Adakah anak ini sekadar permainan atau penghibur dalam rumahtangga yg kita bina? Mungkin sekadar untuk merasai kepuasan hidup membesarkan mereka atau juga mereka adalah sesuatu untuk dibanggakan, menunjuk-nunjuk kepada dunia dengan pencapaian yg baik duniawi mereka iaitu memegang jawatan tinggi, terkenal diseluruh dunia dan dapat berkongsi pendapatan lumayan atau kesenangan dunia bersama mereka?

Tapi... sampai bilakah sandiwara ini dan bagaimanakan cerita yg kita karang ini akan berakhir???
Adakah kita terlupa untuk mengarang skrip yg baik utk manamatkam drama(part 1) kehidupan dunia kita ini..??? Bagaimana pula dgn skrip drama(part 2) kita yg seterusnya dimana masa inilah kita akan mendapat ANUGERAH TERBAIK drpd Allah SWT.

5• Mari kita fikir dengan waras, apakah anak kita akan mengingati kita selepas kembalinya kita kepada Allah? Kuat atau tidak perhubungan kita dgn anak yg amat dikasihi ini setelah kematian nanti? Di manakah titik perpisahan kita dgn anak2 kita?

"Jika kita tidak membesarkan mereka dengan AGAMA ALLAH SECUKUPNYA, kita hanya akan merasai KEPENATAN, KEKOSONGAN dan PENYESALAN dipenghujung hayat kita kerana anak yg kita besarkan adalah ANAK DUNIA bukannya ANAK SYURGA atau ANAK YG SOLEH dimana anak ini akan sentiasa MENDOAKAN UTK KEDUA IBUBAPANYA DIDUNIA dan DIAKHIRAT. Marilah kita perbetulkan dan rapatkan hubungan kita, anak-anak yg amat kita kasihi dengan Allah SWT dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW kerana hanya dengan cara ini akan dapat MENJAMIN KEJAYAAN dan KEBAHAGIAN kita di dunia dan diakhirat.

Coretan saya ini adalah untuk menguatkan iman yg lemah ini dan berkongsi pandangan kecil saya ini dgn sahabat semua. Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan ini. Semoga Allah sentiasa melapangkan kita dikala kita didalam kesempitan, menguatkan kita diwaktu kita dalam kelemahan dan membantu kita apabila kita dalam kesusahan serta melindungi kita apabila kita dalam ketakutan. Akhirnya, semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa yg telah kita lakukan dan menjadikan kita seorang hamba yg BERIMAN, BERILMU dan BERTAQWA.

Subhanakarobika robbil'izzati'amma yasifun
Wasalamon 'Alalmursalin
Walhamdulillahi Robbil'alameen...
"

No comments:

Post a Comment

Popular Posts