3 ANAK-ANAK KU DALAM 1 MADRASAH - DANEAL DAN HARRIES SAMBUNG BELAJAR AGAMA DIMADRASAH TAHFIZ MIFTAHUL IRFAN, SG PINANG, BALIK PULAU, PULAU PINANG. Mereka belajar 'Alim selama 8 tahun disana bermula pada tarikh 16hb bersamaan hari Ahad baru-baru ini. Alhamdulillah... bahagia rasanya bila melihat mereka bertiga disana belajar agama Allah SWT dan saling bantu membantu diantara satu sama lain. Wajah Darwish kelihatan sangat riang apabila bersama abang-abang kesayangannya. Disebabkan terlalu excited dan tidak mahu abang2nya melakukan kesalahan, Darwish menasihati mereka dengan begitu tegas dan tidak henti-henti monitor abang2nya. Lawak juga melihat kerenah anak bongsuku ini, dia bersikap seperti abang kpd mereka pulak. Yang itu tak boleh...yang ini tak boleh dan macam-macam lagi, itulah kasih seorang adik kepada abang2nya kerana tidak mahu abang2nya didenda nanti.
|
Anak-anak kesayanganku.... |
Mereka sangat rapat sejak dari kecil hinggalah sekarang. Hilang segala kepenatan apabila melihat anak-anak dalam keadaan begini. Aku doakan semoga segala yang mereka usahakan akan mendapat keredhoan dari Allah SWT dan menjadikan mereka insan yang benar-benar beriman, berilmu dan bertaqwa ikhlas kerana Allah SWT.
|
Dari depan Daneal, Darwish dan Harries |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam kak ada tak number telefon ustaz? Saya nak bok masuk anak saya kat sana
ReplyDelete