Tuesday 11 September 2012

USTAZ AZHAR IDRUS - JANGAN RUNTUHKAN JEMAAH TABLIGH KERANA MEREKA MELAKUKAN DAKWAH(MENYAMPAIKAN SESUATU YG BAIK KE JALAN ALLAH SWT)



Assalamualaikum Sahabatku Yang DiRahmati Allah SWT...Disini saya sekadar berkongsi sedikit apa yg telah terjadi dinegara kita iaitu PEPERANGAN ULAMAK.

Semua manusia yg hidup didunia ini tidak akan lari dari melakukan kesalahan tak kira sama ada dia Wali, Alulllah atau org biasa.., cuma kesalahan kita berbeza2 mengikut ketinggian iman, ilmu dan taqwa kepada Allah SWT. Jadi janganlah kita melebelkan seseorang atau satu jemaah yg menjalankan suruhan Allah SWT dan menyambung kerja Rasulullah SAW sebagai sesat atau sebagainya. Saya setuju apa yg dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus ini kerana beliau menegur sesuatu yg menyalahi syarak atau adab untuk mengukuhkan dan mencantikkan lagi apa yg diusahakan oleh Jamaah Tabligh ini bukannya menjatuhkan usaha/kerja mulia mereka. Mungkin ada segelintir daripada jamaah baru yg bersikap seperti yg Ustaz Azhar katakan(don't make a sweeping statement), jadi menegur untuk kebaikan adalah sangat bagus dan digalakkan. Tetapi ada segelintir ulamak2 diMalaysia melebelkan seseorang atau sesuatu jamaah seperti Tabligh adalah sesat dan berbagai2 lagi tohmahan telah dilontarkan...Ulamak2 ini semua merasakan seperti mereka ini adalah perfect dan tidak pernah melakukan kesalahan. Hanya Nabi sahaja yg MAKSOM, yg lain tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan dosa samada sengaja atau tidak sengaja. Adakah mereka yg mengatakan Jamaah Tabligh adalah sesat ini org yg mengikut Sunnah dan meneruskan apa yg Nabi SAW dan para Sahabat ra tinggalkan? Kita sendiri tahu siapakah mereka ini dan apakah yg mereka lakukan diNegara Malaysia yg dikatakan "Negara Islam" kononnya....

Fikirkanlah buat seketika dan mudah-mudahan Allah memberi kita taufiq dan hidayah....
  • Siapakah yg melakukan dakwah selama ini yg kita kenali?
  • Jika tiada orang didunia ini melakukan ddakwah seperti yg kita semua ketahui, apakah yg akan berlaku pada Agama Islam?
  • Adakah org yg melakukan dakwah mengikut sunnah dikatakan sesat manakala ulamak2 yg tidak melakukan dakwah mengikut sunnah dikatakan benar?
  • Adakah jamaah seperti Tabligh menlebelkan mana-mana ulamak seperti yg hangat dilakukan didalam internet dan sebagainya?
  • Apakah yg sebenarnya terjadi dengan ulamak2 kita yg telah melebelkan mereka ini sesat, adakah mereka ini melakukan dakwah sepertimana yg dilakukan oleh Rasululluh SAW dan para Sahabat ra?
Janganlah kita menjadi hamba dunia yg buta dalam celek kerana Allah SWT sentiasa melihat apa yg kita kerjakan. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu yg dikehendakiNya. Jika ada sesuatu yg salah, itu adalah kerana kebodohan saya sendiri dan segala yg benar dan baik adalah dari Allah SWT. Maaf sekiranya ada sesiapa yg tersinggung kerana tiada niat berbuat demikian cuma sekadar menyampaikan sahaja semoga apa yg tidak betul dapatlah kita perbetulkan sebelum azab Allah diturunkan kepada semuanya....

1 comment:

  1. Banyak orang belum faham niat orang tabligh , mereka berserah dan melakukan dakwah dengan ikhlas tanpa mengharap balasan atau imbalan di dunia,.. Ada juga orang mendakwa tablih sesat atau extrem untuk zaman sekarang,.. Mudahan ilmu islam kita berkembang supaya sempurna sifat islam kita, islam itu indah,..

    ReplyDelete

Popular Posts