Tuesday 11 September 2012

MUNTAKHAB AHADITH - PENEKANAN RASULULLAH SAW MENGENAI SOLAH BERJEMAAH KEPADA KAUM ADAM



ASSALAMU'ALAIKUM SAHABAT YG DIRAHMATI ALLAH SWT...



Hari ini saya membaca Muntakhab Ahadith dan begitu takut apabila terbaca hadith mengenai Sembahyang Berjemaah ini. Begitu pentingnya penekanan Nabi Muhammad SAW terhadap sembahyang berjemaah ini di kalangan kaum lelaki. Jadi wahai kaum Adam, janganlah ambil ringan mengenainya kerana peringatan telah pun diberi oleh Baginda SAW terhadap umatnya yg amat disayangi.


Diriwayatkan drpd Hazrat Mu'az Bin Anas, daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda: 
Sungguh KEJAM, KUFUR dan NIFAQ mereka yg mendengar penyeru Allah SWT yakni muazzin yg menyeru kpd solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. 
(Hadith riwayat Imam Ahmad Dan Tabarani)


Keterangan:

Betapa keras amaran dan ancaman dlm hadis yg menjelaskan bahawa meninggalkan solah berjemaah merupakan perbuatan orang kafir dan kelakuan orang munafik. Ini menunjukkan bahawa perbuatan itu sama sekali tidak boleh dilakukan oleh orang Islam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts