Friday 21 September 2012

DIDIK ANAK-ANAK DENGAN AGAMA ALLAH SWT DAN SUNNAH NABI SAW AKAN MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN YG AMAT BESAR DI AKHIRAT DAN DI DUNIA... SUBHANALLAH!!!

Assalamua'laikum 
Sahabat yg dirahmati Allah SWT. Segala pujian hanya bagi Allah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW. Marilah kita tarbiah anak2 kita dgn agama Allah SWT. Kebahagiaan kita semua apabila melihat anak2 kita berjaya diakhirat dan didunia. Anak-anak yg dididik taat kepada Allah SWT dan RasulNya tidak akan bersikap kasar atau melawan ibubapanya. Kasih sayang diantara ibubapa dan anak-anak akan sentiasa subur setiap hari...

Ibubapa juga memainkan peranan yg amat penting dalam hal ini bukan hanya sekadar menghantar anak-anak ke Madrasah dan lepas tangan sahaja. Ibubapa adalah sebagai dinding kepada mereka supaya mereka tidak terjatuh ke lembah yg hina apabila ditarik oleh syaitan laknatullah.  Jadi kukuhkanlah dinding atau tembok dengan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan meninggal segala kemungkaran serta perbanyakkanlah DOA untuk kejayaan anak-anak kita.
ANAK YG DI DIDIK DENGAN HARTA, AKAN SUBUR NAFSUNYA. 
ANAK YG DI DIDIK DENGAN KASIH SAYANG DAN AGAMA ALLAH SWT, AKAN SUBUR HATINYA...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts