Friday 20 September 2013

JOM JAWAB SOALAN INI. MEMBUKA DAN MEMBUNGKUS AURAT? BAK KATA PEPATAH ORANG PENANG "MACAM TONGKANG PECAH"

Assalamualaikum saudaraku sekalian, sedikit peringatan buat semua sahabat termasuk diri dan keluarga saya sendiri mengenai adab dan tingkahlaku kita dengan saudara seIslam kita.  


Jgn menlebelkan seseorang itu sebagai WANITA JAHAT hanya sebab dia tidak menutup aurat, sedangkan ISTERI/ANAK/MENANTU/CUCU kita pun hanya MEMBUNGKUS AURAT. Bagi saya tiada perbezaan diantara membuka aurat dgn membungkus aurat = SAMA SAHAJA!

Agama Allah Swt adalah sangat indah, suci dan terlalu unik. Ada kemanisan dan kelazatan dalam setiap satu perkara yang Allah swt perintahkan kepada hambaNya. Kita ini semua adalah hamba yg kotor dan hina serta lemah.  Masing-masing ada aib dan dosa serta tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.  Dari itu, janganlah kita terlalu menghina org lain sedangkan diri sendiri atau isi rumah kita sendiri bak kata orang Penang "MACAM TONGKANG PECAH".  Tidak salah jika menegur seseorang itu untuk kebaikan umat tetapi ada cara dan adab yang perlu kita belajar juga.  Kita boleh belajar daripada jemaah-jemaah Tabligh cara untuk menegur dan melakukan kerja dakwah, mereka banyak mengikut sunnah Rasulullah Saw atau belajarlah dengan mana-mana ahli kitab cara terbaik untuk membantu umat Rasulullah Saw. Semoga Allah Swt memberikan hidayat buat seluruh alam.

Berbalik kepada topik asal iaitu mengenai membuka aurat dan membungkus aurat.  Saya ingin tahu pendapat anda yg membaca coretan saya ini, mungkin apa yang saya coretkan ini ada kesilapan kerana saya masih belajar dan seorang hamba yang lemah. Perbetulkan saya jika ada kesilapan, saya sedia mendengarnya. 



  • JIKA SALAH SATU DRPD MEREKA IAITU YG MEMBUKA AURAT DAN MEMBUNGKUS AURAT DIGELAR WANITA JAHAT OLEH SESEORANG, YG SATU LAGI TU BAGAIMANA PULAK?

    Pendapat saya:
    BAGI PENDAPAT SAYA, DALAM ISLAM KEADILAN ADALAH SANGAT MUSTAHAK DAN JGNLAH MENLEBELKAN SESEORANG WANITA ITU JAHAT, TAKUT PERKATAAN ITU AKAN KEMBALI BALIK KEPADA KITA ATAU KELUARGA KITA SATU HARI NANTI. BERDOALAH DGN IKHLAS KPD GOLONGAN INI SEMOGA MEREKA MENDAPAT HIDAYAT DR ALLAH SWT DAN DAKWAHLAH MEREKA DGN PERKATAAN YG LEMAH LEMBUT.
TAUFIQ DAN HIDAYAT bukan dalam tangan kita, ia datang daripada Allah Swt kepada mereka yang meminta dan diminta lalu dengan rahmat Allah Swt mereka dipilih untuk mendapatkannya. Insaflah wahai manusia! Kita tidak akan terlepas dengan segala perbuatan buruk kita.

Semoga ALLAH Swt mengampunkan segala dosa kita semua dan memberi hidayat pada seluruh alam. Ameen..!

Jazakkallahukhair!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts