Monday 3 June 2013

YA ALLAH, AMPUNKANLAH AKU DAN PIMPINLAH AKU SEHINGGA KE SYURGAMU

Assalamualaikum kpd semua sahabatku. Semoga sentiasa berada dlm rahmat dan lindungan ALLAH SWT...

Marilah kita berdoa kpd ALLAH SWT supaya diampunkan segala dosa yg telah kita lakukan. Kita banyak melanggar perintahNYA, abaikan suruhanNYA dan tidak bersyukur dgn nikmatNYA. Kita begitu kejam dgn diri kita sendiri sedangkan ALLAH SWT sentiasa menunggu kepulangan kita kepadaNYA. Pulanglah kepadaNYA yang telah mencipta kita dgn sebaik-baik kejadian dan DIA juga telah mengutuskan RasulNYA sebagai contoh serta al-QuranNYA sebagai panduan kepada kita supaya kita tidak sesat. Pintu taubat utk kita masih luas terbuka, jgn sia-siakannya. Mintalah dan merayulah dgn curahan airmata kekesalan supaya ALLAH SWT memimpin kita semua sehingga ke syurgaNYA kerana tanpa pimpinanNYA, jahillah kita buat selamanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts