Pada hari khamis bersamaan 24 May 2012, anakku yang belajar di Tahfiz Miftahul Irfan Sg Pinang, Balik Pulau telah balik ke rumah untuk bercuti selama 10 hari. Tetapi dia dan abang-abangnya ada tugas khidmat diMasjid Balik Pulau selama 3 hari sempena Istimak Tabligh diadakan disana. Mereka sangat bersemangat untuk berkhidmat disana, aku sungguh bahagia melihat anak-anakku membesar dgn jalan begini.
Aku selalu berdoa kpd Allah SWT supaya melindungi mereka dari syaiton dan sekutunya. Semoga mereka dirahmati dan kehidupan mereka diredhoi Allah SWT. Aku amat menyayangi anak-anakku dan mereka amat menghormati aku sebagai ibu mereka. Hari ini adalah hari terakhir mereka berkhidmat disana dan tak sabar rasanya untuk aku mendengar cerita dan ilmu yang mereka pelajari disana. Aku sentiasa memberi sokongan kepada ketiga-tiga anakku supaya mereka dapat mengejar cita-cita ingin menjadi seperti para-para Sahabat Rasullullah SAW. InsyaAllah...., akan aku doakan supaya mereka mendapat kejayaan dunia akhirat.
Jika anda membaca blog aku ini, doakanlah kejayaan buat anak-anakku ini ye. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan memberi yang terbaik utk kehidupan kita dunia akhirat...Ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamua'laikum Sahabat yg dirahmati Allah SWT. Segala pujian hanya bagi Allah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW. Marilah kita...
-
Assalamu'alaikum Sahabat yg Dihormati... Hadith dibawah menunjukkan meninggalkan kejahatan adalah sesuatu yg sangat baik dan tandanya s...
-
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menol...
-
Wanita Solehah 1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dal...
-
Hari ini adalah hari penutup bagi tahun 2011 dan Mama pergi melawat Darwish ditempat yang begitu tenang dan membahagiakan, tempat menimba il...
No comments:
Post a Comment