Sunday 1 January 2012

DARWISH SENTIASA TERSENYUM DENGAN WAJAHNYA YANG TENANG APABILA BERTUTUR DENGAN MAMA DAN BABA...

Hari ini adalah hari penutup bagi tahun 2011 dan Mama pergi melawat Darwish ditempat yang begitu tenang dan membahagiakan, tempat menimba ilmu akhirat...Madrasah Miftahul Irhan, Balik Pulau, Penang. 

Pada pukul 3pm, Mama dan Baba mulakan perjalanan dari rumah. Daneal dan Harries tidak ikut bersama kerana Harries bersama beberapa orang jemaah dari Kuala Lumpur melakukan kerja-kerja amal disurau Jalan Zainal Abidin, Georgetown manakala anak sulungku menghadiri Majlis Kesyukuran bersama ahli Savoc diBatu Feringgi. Jadi Mama dan Baba sahaja yang pergi menziarah Darwish hari ini. 

Alhamdulillah Syukur kepada Allah SWT, kami selamat sampai pada pukul 3.40pm. Seperti biasa...apabila Darwish menyedari kehadiran kami, dia akan melemparkan senyuman yang manis. Terubat rindu ini...Mama memeluk erat Darwish dan mencium pipinya beberapa kali. Begitu juga dengan Baba...

Raut wajahnya begitu tenang dan sentiasa tersenyum apabila bertutur dangan kami. Mama amat bahagia melihat anak bongsuku ini telah dapat menyesuaikan diri dan telah mula menghafal Al-Quran. Walaupun Darwish pernah menghafal surah Al Baqharoh diKITAB, Penang secara sambilan tetapi di Maahad Tahfiz Miftahul Irhan ini, cara pengajian dan fokus mereka amat berbeza, pengajian disini cukup mendalam dan terperinci. 


Hati Mama cukup bahagia melihat keadaan Darwish disana. Banyak perkara yang dipelajarinya selain dari menghafal Al-Quran. Sedikit kesal pun tidak terasa di hati Mama mengeluarkan Darwish dari Sekolah Penang Free School untuk mencari ilmu akhirat disini. Tercapai jugalah hasrat dihati ini untuk memberi ilmu Al Quran kepada anak Mama ini. 


Mama sentiasa mendoakan semoga semua anak-anak Mama sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah SWT kerana hanya dengan jalan ini sajalah kita akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai dariNya...Allahhuakbar!!!!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts