Hari ini memang terasa sunyi sebab hari Minggu adalah Hari Keluarga dimana kami sekeluarga akan berkumpul bersama tanpa diganggu oleh sesiapa pun walau dalam apa jua urusan luar. Terasa juga apabila kesemua anak-anakku tiada bersamaku. Kesemua anak-anakku sedang berjihad kejalan Allah SWT, aku bahagia dan redho...semoga mereka diberi taufiq dan hidayah dari Allah SWT.
Aku berasa tidak sihat, mungkin merindui mereka. Lalu suami kesayanganku membawa aku berjumpa anakku yang berada di tahfiz, Balik Pulau. Setiba disana, aku berasa cukup segar dan sihat apabila memandang wajahnya yang bersih dengan pakaiannya yang amat sejuk mata seorang Ibu memandang iaitu berjubah dengan lilitan serban yang begitu kemas. Inilah yang dikatakan "LOVE SICK". Selesai sahaja berjumpa anakku, dalam perjalanan pulang...badanku berasa sakit semula. Manja juga aku ni dengan anak-anakku....huhuhuhu! ;-)
Walaupun keadaan aku begini, aku tetap bahagia dan jiwaku sungguh tenang. Syukur kepada Allah SWT kerana memberiku anak-anak yang baik dan beriman serta bersemangat utk berjuang ke jalan Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
SELAMAT HARI JADI WAHAI ANAKKU MUHAMAD DANEAL. SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KEREDHOAN ALLAH SWT Muhamad Daneal(tengah) seorang pela...
-
BACALAH "FADHILAT AMAL" SETIAP HARI, INSYAALLAH... ANDA AKAN JATUH CINTA DENGAN RASULULLAH SAW DAN ALLAH SWT. TAK KENAL MAKA ...
-
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku ...
-
Khasiat Surah Al-Waqi'ah ** Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa ke...
-
Pada 11/11/11, dua anak lelaki remajaku keluar jemaah selama 40 hari.Ini adalah kali pertama mereka menimba pengalaman belajar sambil menyeb...

No comments:
Post a Comment